BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 26 September 2012

Kahwin Lewat: Adakah Satu Trend?


 

Zaman dulu dan zaman kini amat berbeza. Umur 25tahun kalau tak kahwin lagi jadi isu. Lebih-lebih lagi bila anak-anak punya kereta sendiri dan pekerjaan yang tetap. Setiap hari anak-anak akan diajukan soalan yang sama. Sehingga mereka akan naik bosan dan mengubah topik yang lain.
Jadi, apa sebab penduduk zaman kita berkahwin lewat?



1. Duit
Sekarang ni isu duit menjadi satu keutamaan. Ibu bapa kedua-dua belah pihak umumnya lebih gembira bila paling minimum Rm10,000 standby untuk kenduri semata. Kalau boleh, khemah hendaklah tercacak setinggi bangunan petronas. Alasan paling munasabah adalah perkahwinan akan terjadi sekali sahaja seumur hidup. Ataupun anak yang berkahwin adalah yang sulung atau yang bongsu. So, agak-agaknya lepas kahwin nanti anak-anak nak makan, rumah, pakai semua macam mana kalau sekali jalan je habis Rm10k? Stay dengan parents?

2. Masalah pasangan
Rank kedua jatuh kepada masalah pasangan masing-masing. Ini termasuk masalah kejujuran, kesetiaan, tidak bersedia, bercinta dengan suami atau isteri orang dan masalah kepada mereka tiada pasangan. Lah...kalau dah tiada pasangan, memanglah tak dapat kahwin. Ataupun jatuh cinta dengan yang dah ada hak milik. Mestilah suatu masalah untuk berkahwin. Tengoklah rate lelaki dan perempuan di Malaysia. Lelaki lebih sedikit dari perempuan. Tak mustahil kalau bercinta dengan suami atau isteri orang. Nak tunggu mereka bercerai atau mendapatkan hak, bukan mengambil tempoh yang sekejap. Tetapi sangat lama. Nak tunggu sampai bila? Cari lain, hati dah sayang...?

3. Karier
Bukan senang hendak dapat satu-satu perkerjaan yang sesuai dengan kita. Apabila kita telah mencapai satu-satu peringkat yang boleh membawa kita ke lebih tinggi, kita akan jadi workaholic. Kita sibuk keluar daerah dan outstation setiap minggu kerana status bujang yang dibawa ke mana-mana tanpa terikat dengan komitment keluarga. Kita lupa pada mereka yang sentiasa mengambil berat dan menyayangi kita. Disini, kita telah kurang peka terhadap pasangan kita dan menyebabkan perhubungan retak atau selalu mengalami masalah. Duit ada, pasangan ada tapi, komitment pula terlalu tinggi terhadap kerja. Masalah ni...

4. Hutang
Pada usia muda ramai penduduk kita suka mengumpul harta. Misalnya membeli kereta dan rumah pada usia muda. Ataupun investment yang mengambil masa terlalu lama untuk mencapai tarikh matang tetapi menyebabkan pengaliran duit setiap bulan. Ini menyebabkan kita sentiasa terkinja-kinja mencari duit untuk cover segala hutang sedangkan kita akan dapat pulangan tersebut setelah 10 tahun akan datang. Duit yang hari-hari dikeluarkan telah mengikat kita untuk memikirkan komitment berkahwin yang bakal digalas kelak. Kita akan sentiasa menangguh sehingga semua keadaan menjadi lebih stabil.

5. Fobia
Pernah putus cinta, pernah diduakan, pernah ditipu, pernah dicurangi dan segala pernah yang kita pernah dengar menyebabkan kita tak mahu berkahwin atau takut untuk berkahwin. Kita mengelakkan diri dengan jantina yang berlawanan sehingga kita tak sedar diri dimamah usia. Lebih mengecewakan apabila bukan hati kita sahaja yang terluka disebabkan kedegilan kita untuk membina perhubungan malah insan yang sentiasa menunggu kiranya ada ruang untuk dia menyelit dalam hidup kita.

Walau apa pun yang berlaku, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Sekiranya setiap perbuatan kita dilakukan dengan ikhlas, pasti akan dibalas baik. Redha dengan setiap yang berlaku dan pasrah kiranya ia tidak berlaku seperti yang kita rancangkan.